Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, 1 July 2011

KEMUSYKILAN TATABAHASA




BIL
ASPEK
KETERANGAN
CONTOH / CATATAN
1
ia
digunakan untuk merujuk kepada manusia sahaja.
*Laporan itu disediakan oleh Encik Subki. Ia akan diteliti dari masa ke masa. ( salah )
2
ialah dan adalah
ialah – di hadapan FN
adalah – di hadapan FA dan FSN
a. Profesor Ismail ialah pensyarah di UKM.
b. Keputusan itu adalah muktamad.
c. Hadiah itu adalah untuk pelajar cemerlang.
* Adalah dimaklumkan …(salah)
3
beza antara awalan di- dengan KSN di
awalan di- : ejaan rapat
KSN di : ejaan jarak
awalan : dipanjat, ditambah, dijahit
KSN : di sekolah, di situ, di utara
4
beza antara awalan ke- dengan KSN ke
awalan ke- : ejaan rapat
KSN ke : ejaan jarak
awalan : ketua, kekasih, kehendak
KSN : ke sana, ke pasar
4
dari masa ke masa
dari masa ke masa
dari semasa ke semasa
* dari masa ke semasa ( salah )
tidak boleh pengguguran secara berasingan
  5
demi untuk
KSN tidak boleh hadir berurutan
* Kita mesti berusaha demi untuk masa depan.
( lewah )
6
di dalam dan dalam
di dalam – ruang / arah
dalam – KSN
a. Sayur itu ada di dalam peti sejuk.
b. Husin juga terlibat dalam pertengkaran itu.
7
di antara dan antara
di antara – jarak
antara - KSN
a. Adik duduk di antara ayah dengan ibu.
b. Antara lagu popular masa kini ialah “Kasih”
8
di atas dan atas
di atas – arah
atas – KSN
a. Buku itu ada di atas meja guru.
b. Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan daripada pihak tuan.
9
oleh kerana / sebab
oleh – KSN yang mesti diikuti KN atau FN.
kerana – KH pancangan keterangan
sebab – KN
a. Permainan itu tergendala oleh sebab hujan lebat.
( bukan oleh kerana )
10
rindukan /rindu akan
KA yang bersifat emotif
* Wanita itu amat rindukan anaknya. (salah)
……..rindu akan……
11
partikel pun
13 kata yang dieja rapat
ada,lagi,atau,walau,andai,sekali,kalau,biar,
sungguh,mahu,meski,kendati,bagaimana
12
kata majmuk
dieja terpisah kecuali 15 kata
rujuk nota
13
sehubungan itu /dengan itu
sehubungan dengan itu = sama hubungan dengan itu
lebih mantap jika ditulis sehubungan dengan hal itu.
14
selain daripada
KSN tidak boleh berurutan
a. Selain berniaga, dia juga bertani.
15
mengenepikan / mengetepikan
ke + tepi + kan = ketepikan
meN+ketepi+kan = mengetepikan
Demikian juga dengan mengetengahkan.
Huruf k menjadi ng.
16
di mana
salah dalam ayat penyata
*Sayur dapat menyihatkan badan di mana sayur banyak mengandungi vitamin.
17
memper…/memper...kan
memper…- KA
memper…kan – KN + KK
a. Dia mempersembahkan sebuah lagu.
b. Pihak JKR sedang memperlebar jalan.
18
saling sayang-menyayangi
perbuatan yang saling berbalas – lewah
saling menyayangi, saling mengasihi, saling membantu
19
pusat membeli-belah
Siapa yang membeli-belah?
pusat beli-belah
20
mengenali KA
dapat disertai kata penguat
sangat luas, paling bijak, amat cantik
21
hadirin sekalian &
para hadirin sekalian
hadirin = orang yang hadir (Arab) / tunggal
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
*sekalian pelajar-pelajar
22
menjatuhkan/menjatuhi
menjatuhkan hukuman
menjatuhi pesalah
men…kan = objek tidak bernyawa
men…i = objek bernyawa
23
bukan dan tidak
bukan = FN dan FSN
tidak = FA dan FK
a. Dia bukan ayah saya.
b. Bandar ini tidak besar sangat.
bukan  boleh hadir sebelum FK dan FA yang mendukung maksud pertentangan maklumat(…bukan bodoh tetapi malas.)
24
kata penguat bebas
+ sekali
amat + KA + sekali
sungguh + KA + sekali
sangat + KA + sekali
kata penguat bebas boleh diletakkan di hadapan ataupun di belakang ayat.
a. Keretanya amat besar./ besar amat.
25
merasa dan berasa


merasa = lidah
berasa = mempunyai, beroleh rasa, ada rasa
a. Emak merasa kari yang dimasak olehnya
b. Kedua-dua tangannya berasa lenguh.
c. Rendang itu masih berasa enak walaupun sudah disimpan beberapa hari.
26
maksud justeru
justeru = malahan, bahkan
- bukan oleh itu

[KD = m/s 551]
a. Saya tidak pernah mengkhianatinya, justeru saya menolongnya.
* Kadar kemalangan semakin meningkat. Justeru, kita patut mengambil langkah yang perlu.
27
perlantikan dan pelantikan
pe…an = meN…kan
per…an = ber
* Perlantikannya mendapat persetujuan.
a. Peletakan jawatannya ditentang hebat.
28
perlanggaran dan pelanggaran
perlanggaran = berlanggar
pelanggaran = melanggar
a. Kereta itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah bas.
b. Pelanggaran disiplin berlaku kerana pelajar tidak mematuhi peraturan sekolah.
29
memastikan dan mempastikan
kata dasar yang bermula dengan huruf p,t,k,s akan berubah apabila menerima apitan meN…kan.
memastikan = pasti
menunjukkan = tunjuk
mengurniakan = kurnia
menyembunyikan = sembunyi
30
mengkagumkan dan mengagumkan
huruf k akan gugur dan berubah menjadi ng
mengagumkan, mengebumikan, mengendalikan
31
lain-lain hal dan
hal-hal lain
Hukum DM
a. Kami akan membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat yang akan datang.
32
di  dan dalam kalangan
di  = tempat
kalangan = golongan
Masalah itu berlaku hanya dalam kalangan pelajar luar bandar sahaja.
-di kalangan = diizinkan kerana mantap
33
mengajarkan  dan mengajar
mengajarkan = apa ?
mengajar = siapa ?
a. …mengajarkan tatabahasa
b. …mengajar murid…
34
baru dan baharu
mendukung maksud serupa
- baru = masa
baharu = masih baik
sejak = semenjak
sentiasa = senantiasa
jika = jikalau
serak = selerak
35
pendalaman / pedalaman
pendalaman = mendalamkan sesuatu
pedalaman = kawasan
a. Pendalaman sungai sedang giat dijalankan.
b. Banyak orang asli tinggal di kawasan pedalaman.
36
Kerja itu akan saya buat.
Kerja itu saya akan buat.
Hukum Aneksi Persona
( C.A.Wees-linguis AS)
…….akan saya buat……
……akan kami makan…...
37
pembelajaran atau pemelajaran
pemelajaran
terbit daripada kata kerja transitif mempelajari bukan kata kerja tak transitif belajar. Cth lain: pemerolehan,pemersatuan
38
agung atau agong
hukum keselarasan vokal (a-u)
mesyuarat agung, seniman agung, perhimpunan agung.
Kekecualian : Yang di-Pertuan Agong
39
Ambillah apa sahaja yang anda suka
Ambillah apa-apa sahaja yang anda suka.
kata ganti nama tanya : apa,siapa,mana
40
Berikut ialah butir-butir tentang program …..
Yang berikut ialah butir-butir tentang program…
Ayat tergantung = FK + FN
Transformasi pengguguran =
Perkara yang berikut / Yang berikut..
41
Setengah orang tidak suka ….
Sesetengah / Setengah-setengah orang tidak suka.
Kata bilangan tak tentu tidak boleh disingkatkan dengan sewenang-wenangnya
Setengah = separuh
42
Dia kata kepada saya.
Dia senyum kepada saya
Dia berkata kepada saya.
Dia tersenyum kepada saya.
KKTT berawalan ber-,ter-,men-, tidak boleh ditiadakan awalannya.
43
Dia suka baca buku.
Ahmad tendang bola itu.
Dia suka membaca buku.
Ahmad menendang bola itu.
KKT dalam ayat aktif tidak boleh ditiadakan awalan men-.
Kecuali : makan, minum
45
Dia memegang erat-erat tangan ibunya.
Dia memegang tangan ibunya erat-erat.
Hukum KKT – diikuti dengan objek.

46
Hal-hal lain /
Lain-lain hal
Hukum DM
D= diterangkan       M = menerangkan
sos cili, keledek goreng, mi maggi
47
Sudah lama saya tidak bertemu keluarganya.
Sudah lama saya tidak bertemu dengan keluarganya.
Hukum KKTT = apabila diperluas, perlu diikuti dengan KSN
48
Saya akan ke sana bila ada kelapangan.
Saya akan ke sana apabila ada kelapangan.
Bila = kata tanya
Apabila = kata hubung
49
Pengembala kambing
Penggembala kambing
kata akar = gembala
awalan peng-, + gali, ganas, goda
50
Merujuk perkara di atas,.
Merujuk kepada perkara di atas, / Merujuki perkara di atas….
Merujuk=KKTT perlu diikuti dengan KSN
*Perkara di atas dirujuk.(salah)= pasif
sepatutnya dirujuki
(*) tanda asterisk = ayat yang tidak gramatis

RUMUS AYAT DUA OBJEK ( Kata Kerja Dwitransitif )

Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-…-kan dan meN-…-i
meN-…-kan ( penanda kausatif )
- menyebabkan jadi
Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad.
meN-…-i ( penanda lokatif )
- menjadi tempat menerima hadiah
Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
RUMUS
men-…-kan = Objek Tidak Bernyawa = kepada
men-…-i = Objek Bernyawa
CONTOH LAIN
Ibu mengirimkan sepucuk surat kepada ayah.
Ibu mengirimi ayah sepucuk surat.
Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-..kan dan meN-…
meN-…-kan ( penanda benefaktif )
- memberikan manfaat
Kakak membuatkan ayah secawan kopi.
meN-…
Kakak membuat secawan kopi untuk ayah.
RUMUS
meN-…kan = Objek Bernyawa
men-… = Objek Tidak Bernyawa = untuk
CONTOH LAIN
Ibu menjahitkan ayah sepasang baju.
Ibu menjahit sepasang baju untuk ayah.

 
 

Designed By Blogs Gone Wild!